PENGURUS BESAR KANAN KONTRAK (GRED C3K) - KUMPULAN PERNIAGAAN KOPERASI
4 weeks ago
Nama Jawatan : PENGURUS BESAR KANAN (GRED C3K) – IBU PEJABAT(ii) KUMPULAN PERNIAGAAN KOPERASIKelayakan / PengalamanBerkelulusan Ijazah Sarjana Perakaunan, Kewangan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan atau kelayakan yang diiktira...
Nama Jawatan : PENGURUS BESAR KANAN (GRED C3K) – IBU PEJABAT
(ii) KUMPULAN PERNIAGAAN KOPERASI
Kelayakan / Pengalaman
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Perakaunan, Kewangan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berpengalaman 8 tahun di Peringkat Pengurusan.
- Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang Sektor Koperasi, Pengurusan Strategik, Perniagaan dan Kewangan adalah diutamakan.
Bidang Tugas
- Memastikan perkhidmatan berkualiti yang konsisten kepada semua Lembaga, Anggota
dan Pelanggan ANGKASA dan lain-lain pihak yang berkepentingan.
- Membangun matlamat kewangan Kumpulan untuk jangka masa panjang dan pendek
yang tepat selaras dengan misi dan visi ANGKASA.
(ii) KUMPULAN PERNIAGAAN KOPERASI
- Bertanggungjawab kepada keseluruhan kepimpinan, perancangan strategik dan pengurusan organisasi dalam Kumpulan Perniagaan Koperasi yang merangkumi bahagian-bahagian, fungsi-fungsi Bahagian Pengurusan Perniagaan (termasuk Seksyen Pengurusan, Seksyen Pembangunan Perniagaan, Seksyen ANGKASA Niaga / JPAN & Anak Syarikat). Bahagian Perdagangan Komersial (termasuk MyANGKASA Akademi dan Resort Langkawi, Seksyen Perdagangan dan Peruncitan serta Seksyen Jualan dan Pemasaran.
- Memantau prestasi operasi dan kewangan MyANGKASA Holdings Sdn Bhd, ANGKASA KOMARDI, ANGKASA Research & Certification Sdn Bhd (ARC) dan lain-lain subsidiari.
- Memantau prestasi operasi dan kewangan KOPSYA, Yayasan ANGKASA, Yayasan Infaq ANGKASA dan lain-lain subsidiari.
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia.
ANGKASA melaksanakan program transformasi koperasi melalui penyertaan projek ekonomi berimpak tinggi.
ANGKASA terus menjalankan khidmat teras iaitu menyediakan khidmat potongan gaji kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun, kelab, koperasi, kesatuan dan syarikat GLC.
Why join us?
- Pejabat berdekatan dengan kemudahan LRT
- Persekitaran kerja yang menarik